Thursday, 8 May 2014

Muslim student association in Zurich













Pertubuhan ini diasaskan oleh pelajar-pelajar daripada Universiti Zurich di Switzerland sebagai sebuah medium untuk komuniti pelajar islam di Zurich.https://www.facebook.com/MSAZurich

Facebook sebagai medium dakwah.Swiss Muslim Events.






Swiss Muslim Events merupakan sebuah akaun di Facebook yang merupakan medium hebahan bagi memberi maklumat,menyampaikan dakwah dan melaporkan aktiviti islamik mereka di fb kepada umum.Menerusi pembinaan akaun ini,,mereka akan dikenali ramai dan mampu memberi informasi berguna kepada umum.

Halal BBQ Cruise


Pakej Halal BBQ Cruise di tawarkan kepada penumpang kapal persiaran kerana ramai penumpang dalam


 kalangan muslim dan permintaan yang tinggi terhadap makanan halal.justeru,pakej Halal BBq Cruise

ditawarkan sepanjang pelayaran ke tasik Brienz.semua makanan disediakan mengikut syariat

http://www.tagesanzeiger.ch/leben/essen-und-trinken/Halal-made-in-Switzerland/story/20438073



Halal kesim Sila



.
Halal Kesim sila merupakan pihak merupakan rumah  penyembelihan daging secara halal dan telah 

beroperasi di switzerland sejak 2009 lagi.Halal Kesim Sila ini banyak memberi perkhidmatannya kepada 
turki yang tinggal di switzerland

Friday, 25 April 2014

Masjid di Wohlen ,Switzerland

Masjid di Wohlen adalah salah satu  masjid yang pertama di Switzerland.Masjid ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti  pintu masuk  untuk laluan lelaki dan perempuan,dua cafeteria untuk kegunaan lelaki dan perempuan.Selainitu masjid  itu juga turut  menetapkan peraturan tidak boleh memakai kasut untuk masuk kedalam masjid tersebut.

Fondation de l'Entre-Connaissance Genève .

Salah satu institut islam yang terdapat di switzerland ialah Fondation de l'Entre-Connaissance Genève .Menggunakan bahasa arab.Pendidikan yang diajar ialah tentang gambar,audio,video  dan internet.
Aktiviti yang telah diadakan di institut ini ialah :

1.Mempelajari asas-asas bahasa Arab: membaca, menulis, dan perbualan,
2.Membolehkan kanak-kanak untuk membuat kemajuan pesat dalam menggunakan alat-alat pedagogi interaktifbuku-buku bergambar, buku, permainan, audio, video, internet.
3.Meninggalkan aspek sederhana pembelajaran dan menggalakkan gurauan untuk menggalakkan
 kanak-kanak untuk mendalami islam.
4.Membangunkan yang benar susulan berdasarkan carta kemajuan.
http://www.fec-geneve.ch/forum.php
 

Tuesday, 8 April 2014

Islamic Center of Lausanne (Pusat Islam Lausanne)

Pusat Islam Lausanne merupakan sebuah pusat untuk beribadah dan tempat untuk mendapatkan ilmu.Pusat islam 
ini juga menjadi tempat buat kaum muslim untuk mengadakan majlis perkahwinan dan menyediakan khidmat 

pengebumian mayat buat masyarakat yang memerlukan.Buat pengetahuan pembaca,Pusat Islam ini telah 

beroperasi lebih 20 tahun lamanya.Tenaga penggerak Pusat Islam ini digerakkan oleh sukarelawan-sukarelawan 
seramai seratus orang yang aktif dalam mengimarahkan Pusat islam ini dan dana yang diperolehi untuk 

menjalankan program seperti mengajar al quran misalnya tidak dibantu oleh pihak kerajaan.Pusat Islam Lausanne ini ternyata memainkan peranan penting dalam masyarakat muslim di Switzerland amnya.

Persatuan Kebudayaan Wanita Muslim Switzerland (Cultural Association of Muslim Women in Switzerland)

Persatuan Kebudayaan Wanita Muslim Switzerland (Cultural Association of Muslim Women in Switzerland) merupakan salah sebuah persatuan islam khas untuk wanita di negara Switzeland. Persatuan ini diasaskan pada tahun1992 dan tidak bercirikan  mengaut  keuntungan semata-mata.Menerusi penyertaan kaum hawa di dalam persatuan ini,mereka boleh terbabit secara aktif dengan masyarakat. Matlamat utama persatuan ini ialah seperti berikut.
Pertama, menyatukan semua wanita muslim dan kedua  bersatu sesama ahli persatuan dalam meluaskan pertukaran budaya antara kaum muslim dan kaum bukan muslim

 .Perkara ini penting bagi mengikis perasaan curiga kaum bukan islam terhadap kaum islam.
Jadi,persatuan ini telah mengadakan beberapa program untuk menghidupkan persatuan ini agar aktif bergerak seperti mesyuarat tahunan antara wanita muslim Switzerland dengan mengadakan dialog dengan kaum bukan islam,

seterusnya mengadakan kem musim panas setiap tahun untuk gadis remaja serta aktiviti penghebahan dan penyebaran maklumat sama ada menerusi agihan buku,pameran mahupun poster.http://areyours.com/r/putevoditel/religiji/islam.contacts.html#ACFM
S

Sunday, 30 March 2014

(KIOS) Koordination Islamischer Organisationen Schweiz KIOS

KIOS merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan oleh Dr.Muhammad Tufail pada tahun 1978 di Egger
Ueberkingen .KIOS merupakan sebuah pertubuhan bersatu bagi umat islam khusus di Switzerland dan buat 
pengetahuan semua pembaca ,KIOS merupakan pertubuhan islam pertama di Switzerland.

Objektif penubuhan pertubuhan islam ini ialah,bagi membentuk sebuah pertubuhan muslim yang bersifat demokratik dan menjadi wakil bagi menyuarkan suara/pandangan bagi kebajikan pihak-pihak yang berkaitan.

KIOS turut menekankan kepentingan perpaduan sesama muslim di Switzerland,menuntut pengiktirafan oleh awam akan komuniti islam seperti yang dinikmati penganut-penganut agama lain,menubuhkan pusat pengebumian umat islam serta mengadakan dialog-dialog dengan agama lain bagi mengikis semangat rasis, Islamfobia dan diskriminasi agama bagi mewujudkan keamanan. 
http://www.inforel.ch/i21200.htm
l

Friday, 21 March 2014

Masjid-masjid di Switzerland



Berikut merupakan peta Negara Switzerland.Terdapat 4 buah masjid di Switzerland yang terletak di lokasi-lokasi seperti Zurich.Olten,Geneva dan Wintherthur yang boleh dirujuk menerusi peta yang diberikan.

Masjid Islam Albania di Wintherthur,Switzerland







Berikut merupakan Masjid Islam Albania yang terletak di Wintherthur Switzerland.Jika kita amati dengan teliti,bangunan ini kelihatan seperti sebuah kilang dan untuk pengetahuan semua, masjid ini asalnya sebuah bangunan kilang lama yang telah diubahsuai menjadi tempat ibadat umat islam di Switzerland.Sebenarnya,masjid ini dinamakan Masjid Albania kerana adanya kelompok rakyat Albania yang datang ke Switzerland untuk melakukan berbagai urusan seperti bekerja,menetap dan lain-lain.Terdapat pertubuhan islam di Switzerland yang ditubuhkan pada tahun 1990 an yang dikenali sebagai Pertubuhan Islam Orang Albania yang menjadi nadi penggerak kepada pembinaan Masjid Islam Albania kerana mereka memerlukan sebuah tempat untuk beribadat dengan khusyuk dan selesa sehingga boleh memuatkan  jemaah seramai 500 orang,
http://www.religionenlu.ch/info-islam4.html

Wednesday, 19 March 2014

Vereinigung Islamischer Organisationen Zürich (VIOZ)







Masjid Geneva


Berikut merupakan salah satu masjid di negara Switzerland yang dikenali sebagai Masjid Geneva.Masjid ini dibina pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh Raja Arab Saubi iaitu Raja Khaled Bin Abd Aziz bersama presiden Swiss Confederation iaitu Wili Ritschend.Buat makluman semua,masjid ini paling besar di Switzerland yang boleh memuatkan seramai 1500 orang jemaah.Selain menjadi tempat untuk beribadat,Masjid Geneva turut menyediakan ruangan khas buat kaum hawa untuk bersolat yang terletak di tingkat 2 ,perpustakaan serta sebuah dewan untuk melakukan kegiatan-kegiatan seperti menyambut perayaan ,tempat memandikan mayat,bilik untuk persidangan serta kelas mengajar Al-quran

sumber : http://www.mosque.ch/english/welcome.html


Masjid persatuan kebudayaan Turki di Wangen Bei Olten



Berikut merupakan Masjid Persatuan Kebudayaan Turki di Wangen Bei Olten,di Switzerland.Masjid ini merupakan rumah kelab dan juga menjadi tempat untuk umat islam beribadat.http://www.religionenschweiz.ch/bauten/index.html

MAHMUD MOSCHEE (Masjid Mahmud),DI Zurich,Switzerland.


Assalamualaikum, institusi islam yang ditunjukkan merupakan Masjid yang dikenali sebagai Mahmud Moschee yang terletak di Zurich,Switzerland.Masjid merupakan tempat untuk umat islam berkumpul untuk melakukan ibadat yang diperintahkan oleh Allah Subhanahuwataala.Masjid merupakan suatu tempat untuk masyarakat islam berkumpul,membina ukhwah sesama jamaah .
Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina di Switzerland iaitu pada tahun 1960an dan diusahakan oleh Ahmadiyya Muslim Community.
Sumber :http://www.ahmadiyya.ch/cms/kalender/venueevents/1-mahmud-moschee.html

sekapur sirih,semanis bicara

Assalamualaikum kepada semua pembaca.Saya liyana dan rakan,salmiani merupakan pihak yang akan 
menyediakan direktori berkenaan institusi-institusi islam yang berada di negara pengeluar jam tersohor iaitu  Swatch.Hal ini demikian kerana ,direktori ini disediakan pertamanya demi memenuhi tuntutan tugasan 
yang diberikan oleh pensyarah dan keduanya memberi informasi kepada khalayak umum akan wujudnya 
 institusi-institusi islam yang berada di negara bukan islam .Bilangan institusi islamik di negara bukan islam 
seperti Switzerland tidaklah sebanyak seperti di negara kita,Malaysia ,namun perkara itu langsung tidak 
menjadi kekangan buat penganut agama islam di sana untuk terus beribadat kepada Allah yang Maha 
Berkuasa.Apalah gunanya jika bilangan institusi islamik yang banyak,tumbuh melata di mana-mana sahaja 
namun tiada siapa yang mengimarahkannya,bukankah kualiti itu lebih mulia daripada kuantiti?
Mereka,penganut agama Allah di sana (Switzerland) ditimpa pelbagai dugaan yang bertimpa-timpa oleh 
masyarakat yang benci akan agama islam,kononnya islam itu agama pengganas,mereka dihalang untuk 
beribadat,hak mereka dinafikan tetapi semua perkara itu tidak menjadi kudis buat kaum muslim menunaikan 
suruhanNYA kerana mereka yakin bahawa setiap perkara yang berunsurkan Fisabilillah,berjuang demi Islam 
maka,ganjarannya ialah Jannah.
Semoga direktori ini mampu memberi manfaat kepada semua dan perjuangan menegakkan agama Allah terus mekar subur mewangi.
          Gambar bendera kebangsaan Switzerland